Panduan DIY : Cara pasang tikar getah di kediaman sendiri!

Panduan DIY : Cara pasang tikar getah di kediaman sendiri!

Korang nak dekor rumah menggunakan tikar getah, tapi takda idea cara pemasangan yang kemas dan cantik? Jom kami kongsi cara pemasangan tikar getah!

Pemasangan tikar getah bukanlah suatu perkara yang susah, kerana secara amnya ramai yang tahu cara pemasangan tikar getah - tapi pemasangan yang kemas, cantik dan tidak nampak berkedut? Itu barulah cara yang betul untuk memasang tikar getah. Masalah yang sering dihadapi adalah permukaan tikar getah beralun ketika pemasangan oleh kerana ia biasanya datang dalam bentuk gulungan. Tanpa melengahkan lagi masa, kita terus ke langkah pemasangan!

Langkah 1 - Tampal double-sided tape dikeliling ruang

Ia berfungsi sebagai pelekat untuk menegangkan permukaan tikar getah ketika pemasangan

Langkah 2 - Bentang tikar getah pada ruangan

Bentang dan tegangkan tikar mengikut arah yang lebih menjimatkan ruang (mengikut lebar tikar)

Langkah 3 - Tampal dan sambungkan tikar getah dengan double-sided tape

Pastikan tikar getah dalam keadaan lurus dan tegang sebelum tampal. Lebihkan sedikit tikar getah, serta 'overlap' kan sedikit tikar.

Langkah 4 - Potong lebihan tikar getah

Gunakan pisau cutter untuk memotong lebihan tikar getah bagi mengemaskan pemasangan.

Dannnn siap! Mudah kan? Dengan pemasangan tikar getah, anda boleh mengubahsuai ruangan rumah menjadi jauh lebih menawan tanpa memerlukan sebarang kos yang tinggi. Jadi pada anda yang baru sahaja berpindah rumah atau baru mendirikan rumah tangga boleh gunakan tikar getah untuk menghiasi lantai rumah anda.